Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 21/11/2009
Rusuhan bola sepak: 11 anggota polis cedera

Rusuhan bola sepak: 11 anggota polis cedera

21/11/2009 3:43am

KAHERAH, 20 Nov. - Sekurang-kurangnya 11 orang pegawai cedera apabila para peminat bola sepak negara ini merusuh dengan membalik batu dan bom api ke arah polis yang berkawal di kedutaan Algeria di sini, selepas Mesir tewas kepada negara tersebut pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia.

Menteri dalam negeri berkata, 24 orang termasuk 11 anggota polis cedera dan 15 buah kereta telah dirosakkan oleh para perusuh.

Rusuhan bermula lewat malam kelmarin di sepanjang jalan ke kedutaan, di mana pasukan polis berkerja keras untuk mengawal kemarahan mereka.

Para perusuh bertindak memaki hamun dan melaungkan slogan-slogan anti Algeria dengan membakar bendera negara berkenaan. - AFP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN