Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 21/11/2009
Amuk - 4 mati 6 cedera di Saipan

Amuk - 4 mati 6 cedera di Saipan

21/11/2009 3:41am

SAIPAN, Selatan Kepulauan Mariana 20 Nov. - Empat orang terbunuh manakala 6 yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata mengamuk dan melepaskan tembakan terbuka di lapang sasar dan tempat bersejarah Perang Dunia II sebelum menembak dirinya sendiri di resort Pulau Saipan Pasifik hari ini, kata para pegawai

Tindakan ganasnya itu telah menyebabkan dua orang lelaki, seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 4 dan dua tahun yang merupakan penduduk tempatan terbunuh, kata jurucakap keselamatan awam, Jason Tarkong.

Mereka yang cedera pula terdiri daripada lima orang pelancong Korea Utara dan seorang kanak-kanak perempuan tempatan berusia empat tahun.

Menurut polis, serangan pertama pengamuk melepaskan tembakan di lapang sasar komuniti Kannat Tabla telah membunuh dua orang lelaki berusia awal 20-an dan dua kanak-kanak.

Pihak berkuasa berkata, penyerang merupakan pekerja kontrak berusia 30 hingga 40 tahun dari Asia.

Sementara The Pacific News Center melaporkan, lelaki bersenjata itu dikenali sebagai Lee Zhong Ren, pekerja lapang sasar. - AP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN