Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 21/11/2009
PM jumpa pemimpin tertinggi MCA selesai kemelut

PM jumpa pemimpin tertinggi MCA selesai kemelut

PUTRAJAYA 20 Nov. - Tiga pemimpin tertinggi MCA menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu yang semakin kusut.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menemui Najib semalam manakala pertemuan dengan Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai berlangsung di pejabat Perdana Menteri di sini pagi ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA, Datuk Liew Yuen Keong ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, beliau masih belum dimaklumkan mengenai hasil pertemuan berkenaan.

''Saya tidak tahu sama ada satu formula telah diwujudkan untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin MCA termasuk Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun semalam.

Menurut laporan tersebut, pertemuan Perdana Menteri dengan Tee Keat dan Soi Lek diadakan di Putrajaya manakala pertemuan dengan Ka Siong dan Mei Fun diadakan di bangunan Parlimen.

Muka depan akhbar tersebut turut melaporkan kemungkinan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini dibatalkan.

EGM tersebut dirancang oleh penyokong-penyokong Tiong Lai yang mahu pemilihan parti dijalankan untuk menyelesaikan kemelut dalam MCA.

Mengulas mengenai laporan itu, Yuen Keong yang juga merupakan salah seorang pencadang EGM berkata, EGM kedua akan diteruskan melainkan terdapat arahan terbaru daripada pemimpin parti.

''Memandangkan kita belum mengetahui hasil pertemuan pemimpin MCA dengan Perdana Menteri, maka kita tidak akan membatalkan EGM untuk masa ini," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN