Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 21/11/2009
Tiong Lai cadang pemilihan parti jalan penyelesaian

Tiong Lai cadang pemilihan parti jalan penyelesaian


Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika hadir pada Mesyuarat kabinet di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 20 Nov. - Pemilihan parti merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut dalaman MCA yang berpanjangan, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, pandangan itu disampaikan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan mereka sebelum mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini.

''Saya menyampaikan cadangan bahawa pemilihan semula ahli Jawatankuasa Pusat (CC) merupakan jalan penyelesaian yang paling baik.

"Perdana Menteri dan beberapa pemimpin lain memberikan maklum balas bahawa cadangan itu sedia dipertimbangkan jika ia mampu menyelesaikan masalah yang kini melanda MCA," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kemelut dalaman MCA bertambah meruncing apabila mesyuarat CC parti itu kelmarin memutuskan menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) kedua yang dirancang oleh kumpulan yang menyokong Tiong Lai.

Susulan keputusan itu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat turut mengumumkan pelucutan keanggotaan sembilan ahli Majlis Presiden yang terlibat merancang EGM berkenaan termasuk Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Berikutan tindakan itu Najib berkata, beliau akan berjumpa dengan semua pemimpin kumpulan yang bertelagah dalam MCA untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis dalaman parti itu.

Tiong Lai memberitahu, jalan penyelesaian terhadap kemelut dalaman MCA mungkin dapat diputuskan sebelum tarikh berlangsungnya EGM pada 28 November ini.

''Perdana Menteri mahu kemelut MCA ini diselesaikan dengan secepat mungkin.

''Disebabkan EGM kedua dirancang pada 28 November ini, kalau boleh kita nak dapatkan jalan penyelesaian sebelum tarikh tersebut," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN