Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
BERITA UTAMA

ARKIB : 21/11/2009
SPRM wajar merayu

SPRM wajar merayu

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinasihat mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang hanya membenarkan saksi kes rasuah disiasat mengikut waktu pejabat.

Bekas Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, walaupun keputusan itu harus dihormati namun masih ada ruang untuk SPRM merayu agar proses membanteras rasuah dan kepentingan hak asasi manusia dapat diseimbangkan.

"Oleh kerana usaha untuk membanteras rasuah sangat penting bagi mewujudkan masyarakat yang maju, SPRM perlu mengemukakan rayuan selain meminda akta tersebut jika ada kelemahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof menetapkan SPRM tidak boleh menyiasat saksi di luar waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.

Menurut hakim, peruntukan menyoal siasat saksi 'sehari-ke-sehari' seperti tertera dalam Seksyen 30(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.

Sementara itu, Presiden Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM), Prof. Datuk Dr. Hamdan Adnan percaya keputusan tersebut bertujuan memelihara imej SPRM daripada persepsi buruk masyarakat.

Menurutnya, dalam apa jua siasatan jenayah, kaedah siasatan tidak seharusnya mendatangkan kesan buruk terhadap kebebasan seseorang.

"SPRM harus lebih profesional dan cekap dalam menjalankan siasatan supaya tidak timbul tuduhan yang buruk terhadap SPRM.

"Keputusan ini tidak bermakna menghalang SPRM terus membanteras rasuah sepenuhnya, sebaliknya mutu siasatan harus ditingkatkan," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN