Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
BERITA UTAMA

ARKIB : 20/11/2009
Hujan lebat di Kelantan, Terengganu

Hujan lebat di Kelantan, Terengganu

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu sehingga Selasa depan.

Tahap amaran peringkat tersebut yang melibatkan hujan sekejap-sekejap kadang kala lebat turut meliputi beberapa daerah di Pahang terutama Kuantan, Jerantut, Pekan dan Rompin.

"Amaran hujan lebat peringkat kuning menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah berdekatan tebing sungai.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta berwaspada dan dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan untuk berpindah jika keadaan memerlukan," ujar jabatan itu dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, paras air laut juga dijangka naik di perairan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok.

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama turut dikeluarkan di perairan Samui berhampiran Kelantan, Terengganu, Reef North, Layang-layang, Palawan dan di utara Kudat, Sabah.

Tiupan angin mencecah 40-50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak 3.5 meter sehingga Ahad ini.

"Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut," tambah kenyataan itu.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN