Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
BERITA UTAMA

ARKIB : 19/11/2009
Pasukan khas pantau warga Afrika

Pasukan khas pantau warga Afrika

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi memantau dan menjalankan operasi pemutihan warga Afrika di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penubuhan pasukan itu akan dibuat melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin.

''Pasukan itu akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Muhamad mencadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membentuk jawatankuasa khas bagi memantau aktiviti warga Afrika di negara ini.

Ia berikutan ramai kalangan mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah dan pelbagai gejala sosial selain tinggal tanpa permit.

Sementara itu Hishammuddin dalam kenyataannya berkata, pasukan khas itu akan melibatkan kementeriannya dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Ia juga berperanan menyaring serta memantau pengambilan pelajar asing termasuk warga Afrika bagi mengelak penyalahgunaan visa pelajar.

Katanya, menerusi pasukan itu, pelajar asing yang memohon melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini akan disaring dengan lebih terperinci.

Menurutnya, ia melibatkan aspek prosedur dan syarat kemasukan meliputi penetapan kelayakan akademik minimum para pelajar tersebut.

"Kesesuaian pencapaian akademik mereka dengan dengan bidang pengkhususan yang dipohon di IPT di negara ini juga akan diberikan penekanan oleh jawatankuasa khas ini," katanya.

Laporan khas Utusan Malaysia baru-baru ini menunjukkan lebih 56,000 warga asing memasuki negara ini antara Januari hingga Jun lalu.

Daripada jumlah tersebut, pelawat dari Afrika Selatan mendahului senarai dengan 20 peratus kemasukan mengatasi pelawat dari negara lain dalam benua itu.

Kebanyakan mereka masuk dengan mengunakan pas pelajar.

Hishammuddin menambah, selain itu, aspek pemantauan mereka yang memasuki negara ini dengan tujuan melanjutkan pelajaran akan diperkemaskan dan dipertingkatkan.

"KDN akan bekerjasama dengan KPT untuk membuat semakan berkala terhadap pas-pas pelajar yang dikeluarkan.

"Ini kerana didapati wujud segelintir yang tidak memegang pas tersebut tetapi sudah tidak menghadiri kuliah di institusi tempat mereka mendaftar," ujarnya.

Beliau memberitahu, komitmen KDN akan diperkemaskan dengan penambahbaikan sistem kemasukan pelawat ke negara ini.

Jelasnya, KDN melalui agensi-agensi berkaitan akan memperkenalkan sistem biometrik di setiap pintu masuk negara.

"Usaha penambahbaikan ini membolehkan identiti setiap pelawat direkodkan agar mereka yang dilarang memasuki negara ini dapat dikenal pasti," katanya.

Ia juga berperanan menyaring serta memantau pengambilan pelajar asing termasuk warga Afrika bagi mengelak penyalahgunaan visa pelajar.

Katanya, menerusi pasukan itu, pelajar asing yang memohon melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini akan disaring dengan lebih terperinci.

Menurutnya, ia melibatkan aspek prosedur dan syarat kemasukan meliputi penetapan kelayakan akademik minimum para pelajar tersebut.

“Kesesuaian pencapaian akademik mereka dengan dengan bidang pengkhususan yang dipohon di IPT di negara ini juga akan diberikan penekanan oleh jawatankuasa khas ini,” katanya.

Laporan khas Utusan Malaysia baru-baru ini menunjukkan lebih 56,000 warga asing memasuki negara ini antara Januari hingga Jun lalu.

Daripada jumlah tersebut, pelawat dari Afrika Selatan mendahului senarai dengan 20 peratus kemasukan mengatasi pelawat dari negara lain dalam benua itu.

Kebanyakan mereka masuk dengan mengunakan pas pelajar.

Hishammuddin menambah, selain itu, aspek pemantauan mereka yang memasuki negara ini dengan tujuan melanjutkan pelajaran akan diperkemaskan dan dipertingkatkan.

“KDN akan bekerjasama dengan KPT untuk membuat semakan berkala terhadap pas-pas pelajar yang dikeluarkan.

“Ini kerana didapati wujud segelintir yang tidak memegang pas tersebut tetapi sudah tidak menghadiri kuliah di institusi tempat mereka mendaftar,” ujarnya.

Beliau memberitahu, komitmen KDN akan diperkemaskan dengan penambahbaikan sistem kemasukan pelawat ke negara ini.

Jelasnya, KDN melalui agensi-agensi berkaitan akan memperkenalkan sistem biometrik di setiap pintu masuk negara.

“Usaha penambahbaikan ini membolehkan identiti setiap pelawat direkodkan agar mereka yang dilarang memasuki negara ini dapat dikenal pasti,” katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN