Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 18/11/2009
Kini tidak diiktiraf sebagai wakil rakyat

Kini tidak diiktiraf sebagai wakil rakyat


Datuk Abu Hassan Sarif


ALOR SETAR 17 Nov. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak mengiktiraf Datuk Abu Hassan Sarif (gambar) sebagai seorang wakil rakyat sehingga mahkamah memutuskan keputusan rayuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh itu.

Datuk Dr. Abdul Isa berkata, terserah kepada Abu Hassan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan kerusi disandangnya itu kosong.

“Rayu-rayulah. Tetapi sementara rayuannya diputuskan, makna dia bukan wakil rakyatlah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Kedua Mesyuarat Bajet 2010 yang disempurnakan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shahdi sini hari ini.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam memutuskan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, seterusnya mengundang satu lagi pilihan raya kecil berikutan kegagalan Abu Hassan hadir pada sidang Dewan pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Permohonan mengisytiharkan kekosongan kerusi Kota Siputeh dibuat oleh Abdul Isa yang mengemukakan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat di situ.

Berikutan keputusan mahkamah itu, Abu Hassan dilaporkan akan mengemukakan rayuan dalam masa terdekat setelah mendapat nasihat daripada peguamnya serta pucuk pimpinan UMNO di peringkat negeri dan Pusat.

SPR juga dilaporkan memohon mahkamah menangguhkan pilihan raya kecil yang patut diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi tersebut yang akan didengar Jumaat ini.

Dalam pada itu, Abdul Isa berkata, soal bila pilihan raya akan diadakan sekiranya mahkamah menolak rayuan SPR itu bukan satu isu baginya kerana beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Speaker.

“Cuma itu isunya pada rakyat, bagi saya tiada apa,” katanya sambil menegaskan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi tersebut jika rayuan ditolak.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN