|
YANGON, Myanmar 17 Nov. - Pemimpin pembangkang dalam tahanan, Aung San Suu Kyi telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi junta tentera agar mengaturkan pertemuan bagi membincangkan bagaimana mereka boleh bekerja sama untuk kepentingan kebangsaan negara tersebut, kata jurucakap partinya semalam.
Inisiatif itu langkah terbaru dalam usaha untuk memecahkan kebuntuan politik yang bermula sebaik parti pimpinan Suu Kyi menang pada pilihan raya umum pada tahun 1990.
Junta tentera bagaimanapun tidak membenarkan beliau mengambil alih kuasa dan menyebabkan semakin meningkatkan desakan gerakan pro-demokrasi di negara tersebut.
Jurucakap parti Liga Demokrasi Kebangsaan, Nyan Win berkata, Suu Kyi melalui suratnya kepada kepada ketua junta tentera, Senior Jeneral Than Shwe Rabu lalu itu turut meminta agar pertemuan itu diadakan di rumahnya bersama jawatakuasa eksekutif pusat partinya.
“Daw Aung Suu Kyi dalam suratnya berharap beliau dapat bekerjsama dengan kerajaan dan membenarkan beliau membuat penjelasan kepada Than Shwe demi kepentingan negara,” kata Nyan Win. - AP
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|