Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 17/11/2009
Saya merayu – Abu Hassan

Saya merayu – Abu Hassan

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini mengisytiharkan kerusi yang disandangnya kosong.

Katanya, langkah itu akan diambil dalam masa terdekat setelah mendapat nasihat daripada peguamnya serta pucuk pimpinan UMNO di peringkat negeri dan Pusat.

“Tentunya saya akan ke Mahkamah Rayuan bagi mengemukakan hal ini (rayuan) tetapi perlu berbincang dengan peguam dan para pemimpin UMNO terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, seterusnya mengundang satu lagi pilihan raya kecil.

Keputusan dibuat atas kegagalan Abu Hassan hadir pada sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Permohonan mengisytiharkan kekosongan kerusi Kota Siputeh dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa mengemukakan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat di situ.

Ditanya sama ada beliau berharap kembali dicalonkan bagi pilihan raya kecil berkenaan, Abu Hassan berkata:

“Saya tidak mahu fikirkan perkara itu buat masa ini.”

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN