|
![]() |
|
DUA buah kapal ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Tanjung Piai, Johor ketika melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram kelmarin. |
KEGIATAN pemindahan minyak secara haram yang berlaku di perairan Johor dilihat semakin serius meskipun pihak berkuasa maritim negara meningkatkan penguatkuasaan sejak akhir-akhir ini.
Ini terbukti apabila 12 buah kapal ditahan di perairan Pengerang hanya dalam tempoh lapan hari atas pelbagai kesalahan termasuk memindahkan minyak kotor dari kapal ke kapal.
Hasil operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan kelmarin, dua buah kapal asing yang sedang memindahkan minyak kotor secara haram ditahan di perairan Tanjung Piai, di Pontian, Johor.
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|