VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 16/11/2009

Kerajaan pandang serius kes plagiat di IPT

16/11/2009 4:17pm

KUALA LUMPUR 16 Nov. Kementerian Pengajian Tinggi sangat memandang serius sebarang kes plagiat yang berlaku di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah plagiarisme.

Timbalan Menteri berkenaan, Dr. Hou Kok Chung berkata, kementerian itu juga berpendapat bahawa satu kes plagiat yang melibatkan dua anggota akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini sewajarnya dikenakan hukuman lebih berat.

"Namun sesuai dengan dasar autonomi yang diberikan kepada IPT berhubung pengurusannya, maka kementerian tiada pilihan tetapi menghormati kebijaksanaan Jawatankuasa Pengurusan UPM yang telah menimbang dan membuat keputusan terhadap kes itu.

"Jawatankuasa itu telah memutuskan supaya kedua-dua ahli akademik terbabit diberi peringatan pentadbiran dan mengarahkan agar diberhentikan jualan buku-buku yang telah diterbitkan, naskahnya ditarik balik serta-merta serta dimusnahkan. Bayaran royalti kepada mereka berdua juga dipulangkan kepada pihak universiti, katanya menjawab soalan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dzulkefly ingin tahu mengapa tindakan tegas tidak diambil terhadap dua anggota akademik UPM yang terlibat dalam kesalahan memplagiat penerbitan buku panduan untuk universiti itu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.