VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 16/11/2009

Pusat sehenti perabot


Cavenzi, jenama perabot pilihan ramai kerana mampu milik, berkualiti dan reka bentuk menarik.


DI mana-mana sahaja kita boleh melihat deretan kedai perabot yang selalunya bertindak sebagai pusat sehenti perabot terutama untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Malah, sesiapa sahaja yang teringin mengganti perabot lama, rosak atau sengaja menambah koleksi lampu, kerusi, meja, set sofa dan bilik tidur boleh mendapatkannya pada harga diskaun.

Ini ekoran industri pengeluaran perabot negara yang cukup terkenal kerana menghasilkan produk mampu milik lebih-lebih lagi terkenal sebagai salah sebuah peneraju hab perabot di Asia dan dunia.

Cavenzi Design Sdn. Bhd. (Cavenzi) antara jenama perabot yang paling popular di kalangan masyarakat tempatan ketika ini, baru sahaja menerima pengiktirafan status Superbrands bagi kategori perabot kayu oleh The Nielsen Company.

Jenama keluaran tempatan itu berjaya memperoleh 50 peratus undian lebih tinggi berbanding pesaing terdekatnya dalam kategori perabot konsumer menerusi kaji selidik oleh syarikat tersebut.

Ia dilakukan secara dalam talian membabitkan 1,500 pengguna di Singapura mengikut usia dan jantina yang diminta mengenal pasti jenama kegemaran mereka dalam 93 kategori Superbrands.

Menurut Pengurus Pemasaran, Matheus Mommers, Cavenzi sentiasa menawarkan promosi harga sebagai 'bonus' kepada para pelanggan setianya sejak lima tahun lalu.

Salah satu tarikan yang turut dinanti-nantikan pengunjung tetap Cavenzi adalah potongan harga sehingga 50 dan 70 peratus ke atas perabot yang lebih mahal seperti set sofa kulit, meja makan atau bilik tidur.

Jadi, jika anda tertarik kepada sebuah sofa yang mungkin berharga RM1,000 atau RM2,000, datang balik sebulan kemudian untuk membelinya pada separuh harga.

"Ada antara produk kami yang berharga lebih tinggi berbanding produk lain kerana ia sebenarnya menyamai kualiti perabot eksport dari luar negara.

"Para pelanggan mempunyai banyak pilihan di lebih 40 bilik pameran Cavenzi seluruh negara. Lagi besar cawangan kami, lebih banyak pilihan reka bentuk, warna dan harga menarik untuk anda," ujarnya.

We Let Our Price Do The Talking menjadi cogan kata Cavenzi dan juga rahsia kejayaan jenama itu sehingga diiktiraf sebagai pusat perabot dominan di Lembah Klang.

Pengarah Operasinya, Zamri Mat Yusof berkata, menjelang akhir tahun depan sebanyak 10 lagi cawangan baru Cavenzi akan dibuka di Melaka, Seremban, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Perabot Cavenzi juga boleh didapati di beberapa pasar raya hiper selain dieksport ke negara luar termasuk Australia, Kanada dan Sepanyol.

"Cavenzi merupakan jenama yang memulakan trend tersendiri seperti khidmat mereka bentuk perabot mengikut cita rasa pelanggan.

"Kami percaya perkhidmatan dan layanan mesra merupakan kunci kejayaan kerana hubungan erat dengan pelanggan dapat menghasilkan produk lebih berkualiti mengikut kehendak pembeli dan sesuai dengan pasaran tempatan," jelas beliau.

Konsep jualan Real Size Real Price (Saiz Sebenar, Harga Sebenar) yang diamalkan Cavenzi juga memberinya pengiktirafan anugerah Fair Price Shop 2006/2007 dan 2008/2009 daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Cavenzi menawarkan pelbagai pilihan perabot dari sofa kulit, rangka katil kayu dan set bilik tidur yang ditawarkan pada harga kompetitif.

Bagaimanapun sebagai pelanggan, anda perlu berhati-hati kerana harga yang murah tidak bermakna kualitinya memuaskan hati.

Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.