VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 16/11/2009

Taman Organik Zenxin di Ekspo Agro Johor 2009


Farhana Mohd. Yusof menunjukkan sayur Brokoli yang ditanam secara organik di Ladang Organik Zenxin, di Ayer Hitam, Kluang, Johor, semalam.


KLUANG 15 Nov. - Orang ramai dipelawa mengunjungi Taman Organik Zenxin (ZOP) bagi menyaksikan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang dipamerkan sempena Ekspo Agro Johor 2009 pada 21 hingga 25 November ini.

Penolong Pengurus Ladang ZOP, Farhana Mohd. Yusoff berkata, pada ekspo berkenaan, pihaknya akan membawa pengunjung melawat kebun organik yang terletak di kawasan seluas 40 hektar di Tapak Projek Pertanian Moden Kluang, dekat sini.

Beliau berkata, ZOP akan memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan proses penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran secara organik di situ.

"Kita akan bawa pengunjung melihat kira-kira 30 jenis tanaman seperti kobis, sawi, kangkung, keledek, brokoli, kacang bendi, terung, kacang panjang, labu, markisa, buah naga dan tumbuhan herba.

"Apa yang unik di sepanjang lorong, mereka dapat menyaksikan proses penanaman sayur-sayuran bermula daripada anak benih sehingga besar tanpa menggunakan baja kimia atau disembur racun serangga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Selain itu, mereka juga boleh menikmati makanan organik halal di Restoran Organik Zenxin yang terdapat di ladang tersebut, katanya.

Farhana memberitahu, pihaknya menjual pelbagai jenis sayuran segar dan makanan kering yang berkhasiat dengan harga berpatutan kepada pengunjung.

Demi kemudahan orang ramai terutamanya mereka yang gemar berbasikal, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan sewaan basikal dengan bayaran RM5 bagi dua jam untuk melawat kebun itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai ZOP termasuk ekspo anjuran kerajaan negeri Johor dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu boleh menghubungi 07-7595196 atau 019-7738985.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.