Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 16/11/2009
Asia akan alami kemajuan pesat di abad ke-21, kata Dr.Mahathir

Asia akan alami kemajuan pesat di abad ke-21, kata Dr.Mahathir

16/11/2009 10:15pm

KUALA LUMPUR 16 Nov. — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan keyakinannya yang negara-negara Asia akan mengalami kemajuan cukup pesat dalam abad ke-21 ini.

Katanya beliau menjangka Asia akan terus berkembang maju dan menguasai dunia pada abad ke-21 kerana rantau ini dilihat menjadi tumpuan dunia sejak sekian lamanya.

"Dengan populasi lebih tinggi di Asia, produktiviti lebih baik, kualiti semakin meningkat, innovasi dan daya reka cipta yang tinggi, anda dapat lihat pertumbuhan Asia dengan ketara pada abad ke-21,” katanya dalam syarahan khas beliau mengenai “Asia dan Abad Ke-21” pada Siri Syarahan Tokoh-tokoh Terkemuka Asia-Eropah di sini hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN