Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 16/11/2009
Hukuman mati bekas kerani kerana edar dadah kekal

Hukuman mati bekas kerani kerana edar dadah kekal

16/11/2009 6:55pm

PUTRAJAYA 16 Nov. — Hukuman mati yang dihadapi seorang bekas kerani Majlis Perbandaran Skudai, Johor, kekal selepas rayuan terakhirnya untuk membatalkan sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan mengedar 36.44 gram dadah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk James Foong, sebulat suara menolak rayuan Abd. Latif Sakimin.

Pada 5 April, 2005, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati selepas dia didapati bersalah mengedar 36.44 gram monoacetylmorphines di sebuah rumah di No. 16, Jalan Lembing 2, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor Bahru pada 4 petang, 16 Mac, 2001.

Rayuan beliau ke Mahkamah Rayuan ditolak pada 31 Okt. 2007. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN