Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 16/11/2009
FIFA denda, gantung Maradona 2 bulan

FIFA denda, gantung Maradona 2 bulan

16/11/2009 2:45am

ZURICH – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung jurulatih Argentina, Diego Marado na daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak selama dua bulan.

Hukuman itu dikenakan ke atas Maradona kerana mengeluarkan ka ta-kata kesat selepas berakhir perla wanan genting kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay bulan lalu.

Selain digantung, Maradona turut didenda AS$24,000 (RM84,000) ga ra-gara mulut celuparnya itu yang telah dirakam menerusi televisyen dan disiarkan ke seluruh dunia.

Tindakan ke atas Maradona itu di putuskan oleh jawatankuasa disiplin FIFA yang bermesyuarat di sini, se malam.

“Jawatankuasa ini juga telah me ngambil kira permohonan maaf dan kekesalan yang ditunjukkan Mara dona sebelum menjatuhkan huku man ini,” kata badan induk bola sepak dunia menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Hukuman diterima Maradona ini berlaku sehari selepas menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Sepa nyol dalam satu perlawanan persa habatan antarabangsa di Madrid.

Beliau diterbangkan khas ke Zu rich selepas perlawanan itu untuk menghadapi tribunal secara berse muka.

Argentina bagaimanapun sudah pun layak ke pusingan akhir Piala Dunia selepas menewaskan Uruguay 1-0 dan hukuman ini tidak langsung menjejaskan peluangnya untuk ke Afrika Selatan tahun depan. – Reuters

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN