Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 16/11/2009
Puteri UMNO sasar 50 peratus ahli baru

Puteri UMNO sasar 50 peratus ahli baru

KUANTAN 15 Nov. - Proses pendewasaan di kalangan ahli Puteri UMNO menyaksikan pergerakan itu kehilangan 25,000 orang ahli pada tahun lalu, apabila mereka yang berusia 35 tahun secara automatik bertukar menjadi ahli Wanita UMNO.

Sehubungan itu, bagi memastikan kesinambungan perjuangan pergerakan tersebut, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin menyasarkan pertambahan 50 peratus ahli baru atau lebih 160,000 orang menjelang Mei 2010.

Menurut Rosnah, pertambahan keahlian juga merupakan Petunjuk Prestasi Utama (PKI) pergerakan itu yang telah ditetapkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO baru-baru ini.

Justeru katanya, bagi memenuhi sasaran tersebut, beliau mahu semua bahagian Puteri UMNO melipat gandakan usaha menambah bilangan keahlian yang kini berjumlah 328,000 orang.

"Saya tahu, ia bukan satu perkara mudah yang hendak dicapai terutama berdasarkan kepada suasana politik sekarang.

"Namun di atas komitmen ahli-ahli Puteri untuk bergerak sebagai satu pasukan, saya rasa cabaran ini dapat digalas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skuad Prihatin Puteri UMNO Paya Besar dan pengisytiharan Pusat Dalam Komuniti (PDK) Felda Hilir 1 sebagai keluarga angkat pergerakan itu, dekat sini hari ini.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN