Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 16/11/2009
'Teruskan niat jika tajaan dari sumber halal'

'Teruskan niat jika tajaan dari sumber halal'

PUTRAJAYA 15 Nov. - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempertikaikan tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membatalkan hasrat menunaikan ibadat haji.

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata, tidak salah bagi Mursyidul Am Pas itu untuk meneruskan rancangannya ke Mekah bersama ahli keluarga jika mendapat tajaan daripada sumber halal.

"Ini soal niat. Yang pertama kenapa batalkan?," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong mengecat dan membersihkan surau Blok 1B, Presint 9, anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, di sini semalam.

Tengku Adnan seterusnya berkata, sebagai individu berjawatan, Nik Abdul Aziz sepatutnya sedar mengapa ada pihak yang mahu menaja pemergiannya ke Mekah.

''Kalau saya orang nak bagi sumbangan pun, saya tak nak terima kerana saya ada jawatan, mesti ada sesuatu yang orang itu hendak minta," katanya.

Menurutnya, daripada segi duniawi, apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz itu mungkin tepat kerana takut kepada siasatan SPRM tetapi hanya Allah yang tahu hikmah terdedahnya isu tersebut.

Beliau menambah, ekoran pendedahan itu, beliau sendiri tertanya-tanya pemergian Nik Abdul Aziz ke Mekah selama ini menggunakan duit sendiri atau ditaja.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN