Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 15/11/2009
UMTmiliki kapal penyelidikan bernilai RM12j

UMTmiliki kapal penyelidikan bernilai RM12j

15/11/2009 6:20pm

KUALA TERENGGANU 15 Nov. — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) muncul sebagai universiti pertama di negara ini yang mempunyai kapal penyelidikan dan latihannya sendiri apabila kapal yang dinamakan ”RV Discovery” siap menjelang April 2010.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman berkata, pembinaan kapal berharga kira-kira RM12 juta itu yang dilengkapi dengan makmal kering dan basah, meletakkan UMT sebagai universiti terulung dalam kajian oseanografi di negara ini.

"Kapal itu mula dibina pada September 2008 dan kini telah pun siap 80 peratus.

Dengan adanya kapal penyelidikan ini, UMT akan mampu mengkaji dan menjelajah ke seluruh perairan tanpa sempadan.

"Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan dan latihan kepada pelajar-pelajar jurusan Sains Samudera, Biologi Marin, Sains Nautika, Pengangkutan Maritim serta Teknologi Maritim,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima model kapal RV Discovery di sini hari ini daripada Pengerusi Kay Marine, Datuk Wan Mohd. Albakri Wan Md. Noor. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN