Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 15/11/2009
Mangsa banjir di Kedah semakin meningkat

Mangsa banjir di Kedah semakin meningkat

15/11/2009 12:45pm

ALOR SETAR 15 Nov. — Keadaan banjir di Kedah semakin buruk hari ini dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,062 orang membabitkan 255 keluarga berbanding 679 orang malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, sebanyak 13 pusat pemindahan telah dibuka di tiga daerah iaitu masing-masing enam di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu manakala satu di Padang Terap.

"Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi apabila seramai 711 orang membabitkan 158 keluarga diarahkan berpindah selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar adalah sebanyak 314 orang dari 89 buah keluarga manakala di Padang Terap jumlah mangsa berkurangan kepada 37 mangsa dari lapan keluarga.

"Setakat pukul 11 pagi tadi, hanya Sungai Pantai Johor sahaja yang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 2.30 meter (paras bahaya 2 meter),” katanya.

— BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN