VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PEMOTORAN

ARKIB : 14/11/2009

Honda Civic
aksesori modulo lengkap


Varian Modulo ini lebih tertumpu kepada aspek ketrampilan. Ia tentunya menjadi pilihan kepada generasi muda yang mahu menggayakan lagi model Civic mereka


IVIC bukanlah model pertama dikeluarkan oleh Honda tetapi signifikannya ialah ia menjadi begitu popular pada awal kelahirannya, sekali gus membantu syarikat itu mengenepikan label pembuat motosikal dan bertapak dalam peta automotif global pada awal 1970-an.Kelahirannya pada 1972 di Amerika Syarikat (AS) juga adalah bersamaan dengan waktu krisis tenaga global yang pertama dan mendorong kesedaran untuk mendapatkan kenderaan yang jimat minyak. Sebagai sebuah kereta kecil, ia adalah begitu sesuai. Namun yang lebih penting, Civic juga memenuhi peraturan kawalan pelepasan asap yang baru dan lebih ketat yang diperkenalkan di AS.Pengasas Honda yang merupakan penyokong kepada teknologi enjin pembakaran dalaman, percaya bahawa jurutera-juruteranya mampu menghasilkan enjin yang boleh beroperasi lebih bersih tanpa menambah komponen seperti catalytic converter. Ia dibuktikan dengan penghasilan enjin CVCC ketika itu.Lebih tiga dekad kemudiannya, Civic kekal sebagai sebuah model yang popular dari Honda. Saiznya berubah dari segmen kompak kepada segmen bersaiz pertengahan hari ini. Data Honda menunjukkan sejak kelahiran generasi pertama Civic pada 1972, lebih 19 juta unit Civic telah terjual di seluruh dunia.Di Malaysia, ia mula dipasang tempatan pada awal 1980 dan menurut data sejak 2002 iaitu dengan penubuhan Honda Malaysia, hampir 35,000 unit telah terjual. Model Civic yang berada di pasaran sekarang iaitu generasi kelapan telah dilancarkan pada Mac 2006 dan kini lebih 26,000 unit telah terjual, menjadikan ia model paling laris dalam segmennya untuk tiga tahun berturut-turut.Para pelanggan boleh memilih pelbagai varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter dari model asas hinggalah kepada model berprestasi tinggi, Type-R serta varian mesra alam sekitar enjin hibrid dan paling terbaru, dilengkapi aksesori penuh Modulo.Dengan status populariti yang tinggi, Honda Malaysia berusaha memastikan agar model Civic yang ditawarkan memenuhi setiap lapisan pelanggan. Ini termasuk Civic Taffeta Generasi Ke-8, yang dijual khusus dalam warna putih pada 19 Okotber lalu. Bagaimanapun, fokus minggu ini ialah model Honda Civic Modulo.Bagi pelanggan yang mahukan wajah lebih garang atau menyeronokkan, Honda Malaysia menawarkan aksesori Modulo yang lengkap (depan, belakang dan sisi) pada harga pakej RM5,000.Sebelum bercerita lebih lanjut, Modulo adalah anak syarikat Honda dan aksesorinya dikilangkan mengikut piawaian yang sama dengan kereta Honda bagi memastikan ia diperbuat daripada kualiti yang tinggi. Ia direka khas mengikut model kereta dan mematuhi elemen aerodinamik serta didatangkan dengan waranti.Maknanya, pemilik Honda disyorkan supaya menggunakan aksesori Modulo berbanding aksesori yang ditawarkan oleh mana-mana kedai - walaupun mungkin harga berbeza. Namun demi ketenangan hati, waranti yang dikeluarkan menjamin segala masalah di kemudian hari tidak akan diabaikan oleh Honda Malaysia.Pakej aksesori Honda turut meliputi panel iluminasi pada tebing pintu (RM690 satu set) atau melindungi lantai boot kereta dengan talam khas (RM330). Bagi yang mempunyai anak kecil pula, kerusi bayi atau kanak-kanak yang datang dalam tiga pilihan model mengikut saiz (RM1,360 hingga RM1,540). Turut ditawarkan ialah satu unit alat navigasi GPS keluaran Garmin Nuvi berharga RM2,440.Penulis tidak menyentuh mengenai aspek enjin atau prestasi model ini kerana ia adalah sama. Varian Modulo ini lebih tertumpu kepada aspek ketrampilan. Ia tentunya menjadi pilihan kepada generasi muda yang mahu menggayakan lagi model Civic mereka.Dari segi harga, bagi enjin 1.8S Modulo ialah RM119,980 manakala 2.0S Modulo ialah RM134,980. Kedua-duanya harga atas jalan termasuk insurans.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.