Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 14/11/2009
Akta LPKP dipinda bagi naikkan kompaun maksimum

Akta LPKP dipinda bagi naikkan kompaun maksimum

14/11/2009 6:36pm

IPOH 14 Nov. — Kerajaan akan membuat pindaan terhadap Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi menaikkan kadar kompaun maksimum dalam usaha membanteras kegiatan penyewaan atau memajak lesen terutama kepada rakyat asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata langkah itu diambil memandangkan kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 mengikut akta berkenaan yang dikenakan sekarang dianggap ringan oleh pesalah.

"Kita serius dan tidak akan berkompromi terhadap kesalahan memajak lesen kereta sewa atau teksi kepada warga asing...mereka (pemilik lesen) tahu lesen tidak boleh dipajakkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran kelulusan 272 lesen baru kereta sewa Perak di sini hari ini.

Beliau berkata perbuatan memajak lesen kepada rakyat asing menyebabkan kualiti perkhidmatan merosot.

"Penyewa terutama warga asing bukan menjadikan pemandu teksi sebagai kerjaya...LPKP telah membatalkan 17 lesen yang dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan termasuk memajak lesen,” katanya. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN