Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 14/11/2009
Polis kenalpasti wajah penyokong Kelantan bakar kerusi

Polis kenalpasti wajah penyokong Kelantan bakar kerusi

14/11/2009 6:06pm

KUALA LUMPUR 14 Nov. — Polis telah mengenalpasti penyokong bola sepak Kelantan yang menimbulkan kekecohan dengan bertindak liar ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil 7 Nov lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata individu yang dikenalpasti terlibat dalam insiden itu akan diambil tindakan lanjut setelah butiran identiti kesemua mereka diperoleh.

"Kami sedang meneliti dan menyiasat wajah-wajah individu yang didapati bertindak ganas pada malam itu melalui rakaman video serta gambar yang diperoleh.

"Wajah-wajah mereka sudah dicam dan kami sedang mengumpul butiran identiti kesemua mereka yang dipercayai terlibat itu,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri ”Jom Memasak bersama Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Adabi di Balai Polis Alam Damai di sini hari ini.

Beliau berkata satu senarai nama akan diserah kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan setelah siasatan selesai bagi menjejaki individu yang dikenalpasti terlibat.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah individu yang sudah dikenalpasti, tetapi sekadar menyatakan bilangannya ”ramai”.

Perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-83 itu dicemari insiden membakar tempat duduk stadium dan kain rentang selain membaling mercun dan botol air selepas Kelantan kalah kepada Negeri Sembilan 3-1. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN