Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 14/11/2009
Pemuda UMNO mintaSPRM siasat penaja Nik Aziz ke Mekah

Pemuda UMNO mintaSPRM siasat penaja Nik Aziz ke Mekah

14/11/2009 4:35pm

RANTAU PANJANG 14 Nov. — Pergerakan Pemuda UMNO meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRRM) menyiasat pengakuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja oleh pihak tertentu bagi menunaikan haji musim ini dengan bayaran RM65,000 seorang.

Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Afandi Yusoff berkata, tindakan tegas perlu diambil berdasarkan peruntukan yang ada memandangkan Mursyidul Am Pas itu mempunyai kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Kelantan akan menyerahkan memorandum kepada SPRM pagi esok untuk mendesak siasatan disegerakan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz berkata, beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji itu berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu telah diperbesar-besarkan oleh media. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN