Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 13/11/2009
Nik Aziz batal hasrat tunai ibadat haji

Nik Aziz batal hasrat tunai ibadat haji

13/11/2009 3:09pm

KOTA BHARU 12 Nov. - Menteri Besar, Datuk Abdul Aziz Nik Mat hari ini membatalkan hasratnya menunaikan ibadat haji ekoran berita penajaannya ke Mekah disiarkan pihak media . Berita tersebut diumumkan semasa beliau menyampaikan kuliah mingguan di sini hari ini.

Katanya, laporan tersebut sengaja diperbesar-besarkan.

Beliau sebelum ini beranggapan tindakannnya menerima penajaan itu tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimana pun semalam, SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tersebut dan menurut sumber sekiranya terdapat unsur-unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya. - Utusan

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN