Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 13/11/2009
Lombong emas haram Ghana ragut 15 nyawa

Lombong emas haram Ghana ragut 15 nyawa

13/11/2009 3:15am

ACCRA, Ghana 13 Nov. - Seramai 15 orang termasuk 13 wanita terbunuh semasa sebuah lombong emas haram runtuh di bandar Dompoase di bahagian barat Ghana.

Pegawai polis bahagian Barat, Superintenden Victor Agbetornyo berkata, polis sedang mencuba mengenalpasti mayat.

Katanya, mereka tidak pasti berapa ramai yang sedang bekerja di lombong tersebut semasa kejadian, tetapi pelombong-pelombong lain berjaya melarikan diri dengan selamat.

Ghana adalah salah satu pengeksport terbesar emas benua Afrika. - AP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN