Kerjasama, iltizam KL-Jakarta
Kerjasama, iltizam KL-Jakarta
- Lawatan dua hari Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ke Malaysia memberi isyarat positif dalam hubungan dua hala serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
- Susilo berkata, beliau memilih negara ini untuk melakukan lawatan pertama selepas kembali dipilih sebagai Presiden kerana Malaysia sahabat dan jiran terdekat serta rakan kongsi yang kuat untuk kemajuan kedua-dua bangsa.
- Pemimpin kedua-dua negara juga berikrar tidak akan membiarkan isu-isu remeh yang dibangkitkan sesetengah pihak menggugat hubungan tetapi akan terus berusaha mengukuhkan hubungan erat dua hala yang sedia terjalin.
- Indonesia ingin bersama-sama Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa agama Islam adalah seiring dengan demokrasi moden.
- Proses integrasi ekonomi antara kedua-dua negara diperkasakan lagi bukan sahaja dalam bidang dagangan dua hala malah juga dalam aspek pelancongan, keselamatan makanan, tenaga, industri halal serta kewangan dan perbankan Islam.
- Indonesia akui layanan yang diberikan kepada tenaga kerjanya di Malaysia bertambah baik dan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp