Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 13/11/2009
Azwan Ali mohon berdamai dengan tiga wartawan Utusan

Azwan Ali mohon berdamai dengan tiga wartawan Utusan

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pengacara sensasi, Azwan Ali hari ini memohon untuk berdamai dengan Utusan Melayu (M) Berhad termasuk tiga wartawan syarikat akhbar itu berkuat kuasa serta merta.

Azwan menerusi surat permohonan maaf yang dikirim melalui Tetuan Sidek Teoh Wong & Dennis juga memohon agar pertikaian dan salah faham yang berlaku melibatkan wartawan hiburan Ku Seman Ku Hussain, Niezam Abdullah dan Tengku Khalidah Tengku Bidin dapat diselesaikan.

Dalam surat itu Azwan memohon untuk menjalinkan hubungan baik dengan tiga wartawan berkenaan dan melupakan segala sengketa yang pernah terjadi sebelum ini.

“Azwan Ali memohon maaf dan percaya tindakan ini akan dapat menjernihkan keadaan dan mengukuhkan silaturahim dengan semua pihak,” katanya.

Sebelum ini Azwan menghantar notis amaran bertarikh 7 November 2007 tidak membenarkan Utusan Melayu (M) Berhad dan tiga wartawan tersebut untuk menulis berita mengenainya.

Ia berikutan rasa tidak puas hati Azwan terhadap beberapa kritikan yang ditulis oleh wartawan terlibat.

Berikutan permintaan Azwan tersebut, Utusan Melayu (M) Berhad membuat keputusan untuk tidak memberikan sebarang publisiti terhadap beliau.

Krisis melibatkan pengacara itu dengan wartawan berkenaan bertambah parah apabila beliau menyindir mereka melalui beberapa program hiburan televisyen dan juga blognya.

Masalah yang berlaku itu mendapat reaksi Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (Wham) yang turut melarang media masa di negara ini memberi publisiti terhadap beliau.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN