|
KUALA LUMPUR 12 Nov. — Ulama diseru supaya menjelaskan dalil, sandaran atau kaedah bagaimana keputusan atau pendapat mereka mengenai sesuatu hukum atau isu berkaitan Islam dicapai, bagi mengelakkan kecelaruan di kalangan masyarakat.
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata banyak isu dalam masyarakat yang menagih penjelasan daripada golongan bijak pandai agama seperti isu kalimah Allah, yoga, ajaran sesat, fahaman syiah, anti mazhab dan anti ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Fenomena ini boleh dilihat, contohnya melalui pewartaan dan penerbitan fatwa-fatwa yang selalunya tanpa penerangan dan keputusan-keputusan mahkamah syariah yang seringkali tidak disusuli dengan penghakiman bertulis, yang menjelaskan alasan-alasan atau rasional penghakiman secara terperinci,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Seminar Taqlid, Ijtihad dan Tafliq di sini hari ini.
- BERNAMA
IKLAN@UTUSAN
|