|
KUALA LUMPUR - Malaysia menghidupkan peluang untuk melayakkan diri ke Kejohanan Hoki Piala Dunia di India, tahun depan selepas menang tipis 3-2 ke atas Scotland dalam saingan kelayakan di Invercargill, New Zealand sebentar tadi.
Pasukan negara bagaimanapun sepatutnya boleh mencatat kemenangan dengan lebih selesa selepas mendahului 3-0 pada babak pertama.
Kemenangan meletakkan Malaysia kekal di tangga ketiga di belakang tuan rumah, New Zealand dan China.
Pasukan negara perlu menumpaskan China dalam perlawanan terakhir, Sabtu ini untuk melayakkan diri ke final.
IKLAN@UTUSAN
|