|
PUTRAJAYA 12 Nov. — Malaysia dan Indonesia tidak akan membiarkan isu-isu remeh yang dibangkitkan sesetengah pihak untuk menggugat hubungan di antara kedua-dua negara tetapi akan terus berusaha mengukuhkan hubungan erat dua hala yang sedia terjalin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bercakap pada satu sidang akhbar bersama dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di sini hari ini, Najib berkata sementara ada pihak-pihak tertentu yang mahu menimbulkan masalah dalam hubungan di antara kedua-dua negara, hakikat adalah sebaliknya kerana pemimpin Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang akrab. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|