|
KUALA LUMPUR 12 Nov. — Hujan sekejap-kejap yang kadang-kala lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula Ahad (15 November) hingga Khamis (19 November).
Daerah yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang, di Terengganu ialah di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang ialah di Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini hujan lebat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan tebing sungai.
Jabatan itu menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa semasa tempoh hujan lebat itu.
"Orang awam juga diminta untuk mematuhi arahan berpindah oleh pihak berkuasa apabila diarah jika banjir berlaku di kawasan mereka atau jika keadaan memerlukan,” katanya.
- BERNAMA
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|