Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 12/11/2009
Malaysia, Perancis tanda tangan protokol pinda DTA

Malaysia, Perancis tanda tangan protokol pinda DTA

12/11/2009 1:09pm

PUTRAJAYA 12 Nov. — Malaysia dan Perancis hari ini memeterai Protokol Meminda Perjanjian Bagi Mengelakkan Pencukaian Dua Kali dan Pencegahan Pelarian Fiskal Mengenai Cukai Ke Atas Pendapatan (Protokol Meminda DTA).

Perjanjian itu ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Menteri Ekonomi, Industri dan Guna Tenaga Perancis, Christine Lagarde.

Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri di sini.

Protokol itu diadakan khusus untuk memasukkan artikel mengenai Pertukaran Maklumat yang selaras dengan standard dikehendaki di peringkat antarabangsa.

Perjanjian itu yang membolehkan pertukaran maklumat dilaksanakan dengan berkesan turut melibatkan dua negara lain iaitu United Kingdom dan Brunei.

—BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN