Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 12/11/2009
Rumah ibadat haram tidak akan diroboh sewenang-wenang di Sarawak

Rumah ibadat haram tidak akan diroboh sewenang-wenang di Sarawak

12/11/2009 11:34am

KUCHING 12 Nov — Kerajaan negeri telah mengenal pasti 43 pelbagai rumah ibadat yang dibina di atas tanah kerajaan tanpa kelulusan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diberitahu hari ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Mohd Naroden Majais (Pengurusan dan Perancangan Sumber) berkata berdasarkan rekod Jabatan Tanah dan Survei setakat 31 Okt lepas rumah ibadat yang dibina atas tanah kerajaan tanpa kelulusan dikesan di Kuching, Sri Aman, Miri, Limbang, Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong.

"Setakat ini kerajaan negeri tidak pernah meroboh mana-mana rumah ibadat yang didirikan di atas tanah kerajaan,” katanya semasa menjawab soalan Voon Lee Shan (DAP-Batu Lintang) semasa sesi soal jawab DUN di sini hari ini.

Mohd Naroden berkata jika tanah diperlukan untuk kepentingan awam, kerajaan akan mengunakan kaedah permuafakatan dan perundingan dengan pengurusan rumah ibadat berkenaan.

"Contohnya, (tanah di kawasan) Tokong Cina di Jalan Petanak Kuching yang diperlukan untuk pembangunan. Setelah diadakan permuafakatan dan perundingan, pihak pengurusan tokong bersetuju untuk memindahkan tokong ke tapak yang telah diluluskan oleh kerajaan,” katanya. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN