Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 12/11/2009
Rais bincang isu jalur lebar pada persidangan APT

Rais bincang isu jalur lebar pada persidangan APT

12/11/2009 10:34am

SEPANG 11 Nov — Persidangan Menteri-menteri Telekomuniti Asia Pasifik (APT) di Bali, Indonesia bermula esok sehingga Jumaat dijangka membincangkan isu-isu berkaitan sumbangan negara Asia Pasifik dalam memperkukuhkan perkhidmatan jalur lebar di negara masing-masing dan rantau itu.

Ini termasuk Malaysia yang diwakili Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang akan membentangkan usul cara negara anggota Asia Pasifik boleh memberi sumbangan kepada pembangunan jalur lebar kepada negara mereka dan rantau tersebut.

Selain itu perbincangan mengenai kumpulan gerak kerja Asia Pasifik bagi meningkatkan mutu rangkaian perkhidmatan telekomunikasi turut akan dibincangkan dan juga untuk menentukan sama ada aspek pembangunan teknikal jalur lebar boleh disekutukan antara negara untuk kepentingan kemanusiaan.

"Malaysia jika kita lihat kini sangat aktif dalam meningkatkan kemudahan jalur lebarnya. "Justeru dalam persidangan ini beberapa modul juga akan kita ambil bagi membuat perbandingan,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke persidangan dua hari itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN