|
SINGAPURA 12 Nov. – China akan menghantar sepasang panda ke Singapura sempena ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik kedua-dua negara ini.
Pengumuman dibuat petang semalam oleh Presiden Hu Jintao ketika berjumpa dengan Presiden Singapura, S.R. Nathan, menurut Rizab Hidupan Liar Singapura dalam satu kenyataan.
Panda-panda itu akan tiba pada 2011 dan diletakkan di River Safari. Ia akan dipinjamkan kepada Singapura selama 10 tahun. – AFP
IKLAN@UTUSAN
|