Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 12/11/2009
Kumpulan 16 tetap adakan EGM kedua

Kumpulan 16 tetap adakan EGM kedua

SUBANG JAYA 11 Nov. - Kumpulan 16 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA tetap dengan pendirian memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kali kedua bagi memilih pucuk pimpinan baru pada 28 November ini walaupun mendapat bantahan.

Salah seorang daripadanya yang juga Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, notis memanggil semua anggota CC menghadiri mesyuarat itu sudah pun diedarkan melalui pos, Jumaat lalu.

Beliau berkata, bagaimanapun notis itu mungkin belum diterima semua anggota CC memandangkan pejabat pos tidak beroperasi pada hujung minggu lalu.

Katanya, pada masa sama, pihaknya telah menyiarkan iklan mengenai notis mengadakan EGM kedua pada tarikh tersebut.

"Yang saya pasti, kita sudah membuat pembayaran di pejabat pos untuk menghantar surat kepada semua anggota CC supaya menghadiri EGM kedua Jumaat lalu.

"Disebabkan Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti, maka ia lambat sampai tetapi saya yakin semua anggota CC akan menerima notis ini dalam masa sehari dua lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan anugerah kepada pelajar yang menerima pengiktirafan Dewan Perdagangan Amerika Syarikat-Malaysia (AMCHAM) sempena Program Pameran Usahawan Muda 2009 di sini hari ini.

Ka Siong mengulas keputusan kumpulan 16 anggota CC MCA yang memanggil EGM pada 28 November nanti walaupun dibantah beberapa pihak dalam parti kerana mendakwa ia melanggar perlembagaan MCA.

Semalam, salah seorang anggota CC MCA, Datuk Paul Kong menasihatkan kumpulan terbabit supaya menimbang semula pendirian mereka demi masa depan parti.

Paul turut menasihatkan mereka supaya membantu menjayakan pelan perpaduan yang dipromosikan oleh parti itu.

Menurut Ka Siong, EGM kedua itu bertujuan mendapatkan sokongan para perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan baru yang boleh membawa perpaduan kepada parti.

"Yang penting ialah mandat ahli daripada parti, semangat baru dalam parti dan bagaimana kita hendak memulihkan kredibiliti parti, saya rasa integriti satu nilai yang ditegakkan masyarakat Cina selama ini.

"Sebagai contoh, kalau kita berniaga, yang penting kredibiliti mesti ada. Begitu juga dengan parti dan MCA harus ada nilai itu," ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN