|
KUCHING 11 Nov. — Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendapat sokongan Presiden Bosnia Herzegovina, Dr Haris Silajdzic yang kagum dengan konsep itu.
Berucap merakamkan penghargaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini, Dr Haris menyambut baik konsep “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” 1Malaysia yang diperkenalkan Najib.
"Saya ingin mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun) Razak terhadap pelaksanaan dan pandangan ke hadapan beliau dalam gagasan 1Malaysia.
"Dasar ini memberi kelebihan kepada kepelbagaian etnik penduduk Malaysia dan menjadi satu usaha positif pembangunan kerana dasar ini meletakkan kepentingan rakyat dan pencapaian prestasi sebagai keutamaan dalam agenda pembangunan nasional,” katanya. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|