Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
PARLIMEN

ARKIB : 11/11/2009
Iklan 'potong' dibincangkan di Dewan Rakyat

Iklan 'potong' dibincangkan di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Iklan 'potong' oleh sebuah syarikat penyedia perkhidmatan Internet yang menjadi perdebatan masyarakat kerana membawa konotasi lucah turut dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara itu dibangkitkan oleh Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang berpendapat iklan itu wajar dihentikan kerana mesej yang cuba disampaikannya boleh ditafsir dari sudut lain.

"Iklan dah 'potong' itu berhentikanlah, macam lucah sangat, kita faham dia suruh potong (sambungan Internet berwayar).

"Tapi bagi sesetengah orang, perkataan potong membawa maksud potong 'itulah'," katanya yang mencelah sewaktu Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam reaksinya, Seai Kie berkata, iklan syarikat P1 Wimax itu kini sedang dinilai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang ditetapkan.

"Bagaimanapun untuk makluman Dewan, semua iklan sebelum disiarkan mestilah mendapat lesen daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang dikeluarkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), bukan kementerian ini," katanya.

Mengenai kemudahan Internet jalur lebar untuk masyarakat luar bandar, Seai Kie berkata, kerajaan telah mewujudkan sebanyak 85 Pusat Jalur Lebar Komuniti (Pjk) di seluruh negara.

Katanya lagi, sebanyak 89 Pjk lagi dalam proses penubuhan dan ia dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Program kendalian SKMM itu, kata beliau, memberi fokus kepada penyediaan perkhidmatan internet secara kolektif di kawasan kurang liputan seperti dipinggir dan luar bandar.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN