VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 10/11/2009

Enggan bercerai: Lelaki tikam isteri


Lelaki warga emas berusia 70-an dibawa oleh dua anggota polis selepas beliau didakwa menikam isterinya, Zabedah Ali, 73, di perut sehingga menyebabkan kematian wanita itu (mayatnya ditutup dengan kain di bawah payung) di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan, Alor Setar, semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN


ALOR SETAR 9 Nov. - Enggan menceraikan isteri yang baru setahun dikahwini, seorang warga emas sanggup berputih mata menikam wanita tersebut sehingga maut.

Insiden di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan itu berpunca daripada rasa kecewa dan marah suami berusia 70-an itu kerana isterinya tidak henti-henti meminta diceraikan.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan cuba memujuk wanita tersebut untuk terus bersamanya dan naik berang apabila isterinya enggan berbuat demikian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, warga emas tersebut dipercayai menggunakan sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter untuk menikam perut Zabedah Ali, 73.

Suspek enggan melepaskan isterinya kerana dia mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang pernah berkahwin beberapa kali itu.

Bagaimanapun, isteri suspek tetap memohon untuk bercerai kerana tidak tahan dengan sikap suspek yang terlalu cemburu.

Suspek yang tinggal di Kuala Kedah dikatakan datang menemui isterinya sejak semalam dipercayai cuba memujuknya agar tidak meneruskan hasrat untuk bercerai.

Suspek juga dipercayai enggan menceraikan isterinya kerana bimbang isterinya itu akan berkahwin dengan lelaki lain.

Bapa saudara kepada mangsa, Mustapha Ahmad, 80, berkata, dia terus ke rumah anak saudaranya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk kampung.

"Suspek tidak lagi tinggal dengan isterinya selepas Hari Raya Aidilfitri lalu kerana mereka sekarang dalam proses penceraian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Jelasnya, suspek juga pernah berkata kepada isterinya, jika tidak boleh bersama lebih baik jika mereka mati bersama.

"Setelah menikam isterinya, suspek cuba menikam isterinya buat kali kedua namun anak tiri Zabedah yang berada di tempat kejadian sempat menghalang dan merampas pisau dari tangannya.

"Selepas itu, suspek cuba melarikan diri namun dapat ditahan oleh penduduk kampung," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, lelaki warga emas itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.