VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 10/11/2009

SPRM diminta siasat pembelian tren komuter

10/11/2009 5:05pm

KUALA LUMPUR 10 Nov. — Kementerian Pengangkutan sekali lagi menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat apabila beberapa anggota Parlimen menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian tren komuter DMU (diesel multiple unit) bernilai RM30 juta yang mereka dakwa ”pelik”.

Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) yang membangkitkan isu itu mendakwa cara pembelian itu meragukan kerana tren komuter itu bukan sahaja tidak mengikut standard dan spesifikasi yang diperlukan tetapi pembeliannya tidak diluluskan oleh anggota lembaga pengarah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) sendiri.

"Jadi apa rasional pembelian jumlah RM30 juta itu sedangkan pengurusan kereta api di Costa Rica dan Argentina membeli DMU yang berumur 20 tahun pada harga RM10 juta,” katanya ketika mencelah penggulungan perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2010 oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) pula menganggap pembelian itu ”pelik” kerana ia hanya mampu bergerak dengan kelajuan 80 kilometer sejam (kmj) sedangkan kereta api barang pun dapat mencapai kelajuan 90 kmj.

"Kerajaan sudah banyak habiskan duit untuk projek landasan berkembar (Rawang-Ipoh) sebagai usaha untuk menaiktaraf dengan kepantasan melebihi 120kmj.

Apa yang pelik sekali pembelian empat buah tren DMU ini, kadar kelajuannya hanya 80kmj sahaja, sedangkan kargo tren pun kelajuan dia 90kmj,” katanya. - Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.