Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 10/11/2009
Mesyuarat IAP MSC produktif - Najib

Mesyuarat IAP MSC produktif - Najib

10/11/2009 4:29pm

PUTRAJAYA 10 Nov. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC Ke-12 (IAP) yang berakhir di sini hari ini sebagai produktif, membuahkan hasil dan memperlihatkan kefahaman yang mendalam.

Beliau berkata, pelbagai isu dan topik dibincangkan oleh 14 anggota panel tersebut yang terdiri daripada pemimpin industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terkemuka dunia dan ketua-ketua industri.

Ini merupakan mesyuarat MSC IAP pertama Najib selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara awal tahun ini.

Dua topik utama yang dibincangkan di mesyuarat sehari itu ialah bagaimana ICT boleh membantu Malaysia beralih menjadi satu model negara berpendapatan tinggi serta merealisasikan wawasan untuk menjadi negara maju menjelang 2020, kata beliau.

Beliau berkata topik lain ialah perubahan sosial. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN