Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 10/11/2009
'Pasukan khas SPRM satu usaha tambah baik'

'Pasukan khas SPRM satu usaha tambah baik'

ISTANBUL 9 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi memantau dan mengatasi penyelewengan peruntukan wakil rakyat mampu menambah baik aspek perbelanjaan melibatkan golongan itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam hal ini SPRM mungkin boleh memberi khidmat nasihat kepada ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung perkara itu untuk mengelakkan sebarang salah faham yang mungkin timbul di kalangan rakyat.

''Mungkin mereka (SPRM) boleh beri nasihat terhadap apa yang hendak dibuat dengan cara menambah baik (penyaluran peruntukan) untuk mengelakkan salah faham kerana bagi kalangan (wakil rakyat) Barisan Nasional (BN) sendiri, kita nak membantu rakyat, bukannya nak salah guna (peruntukan)," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian pada sidang akhbar bersama media Malaysia di sini hari ini.

Beliau berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi Jawatankuasa Kerja Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Pertubuhan Persidangan Islam (COMCEC).

Muhyiddin diminta mengulas penubuhan pasukan khas oleh SPRM itu.

Baru-baru ini ada wakil rakyat dan bekas wakil rakyat serta pegawai mereka telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan perbelanjaan peruntukan yang disediakan kerajaan.

Muhyiddin menegaskan, selama ini wakil rakyat BN telah dimaklumkan tentang perlunya mereka mengikut peraturan dalam membelanjakan peruntukan yang disalurkan.

Kata beliau, ini kerana wakil rakyat BN tahu tujuan peruntukan adalah untuk membantu rakyat dan bukan bagi tujuan lain.

''Seperti yang kita tahu peranan ahli Parlimen begitu rapat dengan masyarakat dan mereka memerlukan peruntukan kewangan yang boleh digunakan untuk melaksanakan keperluan rakyat.

''Kita tetap ikut peraturan yang telah ditetapkan kerajaan. Ahli Parlimen (BN) pun memang selama ini telah dimaklumkan dan mereka memang tak boleh guna peraturan sendiri kerana peruntukan itu adalah dari kerajaan," ujarnya. - UTUSAN

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN