Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 09/11/2009
Empat warga Indonesia didakwa edar dadah

Empat warga Indonesia didakwa edar dadah

09/11/2009 2:41pm

PULAU PINANG 9 Nov. — Empat warga Indonesia dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 340,246 gram yang bernilai jutaan ringgit.

Keempat-empat tertuduh iaitu Dwi Supriyatno Mei, 43, Fredy Hermawan, 40, Andy Padsi, 38 dan Indra Mulyadi, 40, di tahan pada 27 Oktober lepas di Jalan Batu Feringghi, pada pukul 9.30 malam.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Selain itu seorang warga tempatan Toh Ooi Hwa, 57, turut didakwa atas tuduhan mengedar dadah Methamphetamine seberat satu kilogram.

Toh yang diwakili peguam Muhammad Amir Abdul Rani ditahan pada 27 Oktober di hadapan kafe Manderin Facework Beauty Center, Gelugor pada pukul 9.30 malam.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang membawa hukuman mati mandatori.

- BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN