VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 08/11/2009

Hidup lebih positif - Ras Adiba


RAS ADIBA bahagia bersama anaknya, Umar Ras Engel Abdullah


TERTARIK dengan kata-kata semangat wanita ini. "Cintai diri sendiri," ringkas kata Ras Adiba Mohd Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Dib.

Nama Ras Adiba bukan lagi asing pada kita. Nama ini cukup sinonim dalam dunia penyiaran suatu waktu dahulu.

Tapi selepas terlibat dalam satu kemalangan yang menjadikannya lumpuh separuh badan, kehidupan Ras mula berubah.

Lumpuh separuh badan, dari pinggang ke hujung kaki sejak pertengahan 2002, harapan untuk dia kembali menjalani kehidupan normal hampir tidak ada.

Tidak banyak orang yang realistik menerima ujian takdir dengan tabah. Ras Adiba mampu melakukannya. Tuhan memilihnya dan sebagai manusia apa lagi yang mampu dilakukan kecuali menerima dengan syukur.

13 tahun lalu, Ras Adiba pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia 1996.

Akibat kemalangan itu, dia terpaksa menjalani dua pembedahan pada 1999 dan 2001 untuk memasukkan 24 keping implan bagi menyokong tulang belakangnya.

Pada Julai 2002 Ras Adiba disahkan lumpuh separuh badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Australia.

Selain sukan, Ras Adiba cukup aktif dalam bidang kesusasteraan dan pernah menulis dua novel dan sebuah antologi puisi. Malah pernah berlakon teater Jebat dalam bahasa Inggeris bersama Jalaluddin Hassan arahan Rahim Razali.

Dulu dia seorang yang sangat aktif, menunggang motor berkuasa besar dan beraktiviti lasak. Namun, Ras Adiba hari ini lebih optimis walaupun cacat kekal.

Jika biasanya kita melihat orang kurang upaya mengasingkan diri daripada masyarakat, Ras Adiba cuba keluar daripada kepompong itu, mencari kekuatan untuk terus menceriakan kehidupannya sendirian.

Menurutnya, walaupun dia kini dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU), namun dengan latihan yang dilaluinya sejak beberapa tahun lalu, dia mampu menguruskan segala-galanya seperti orang normal.

"Bagi saya, untuk hidup seperti orang normal yang lain tidak sukar. Saya sentiasa optimis kerana saya mencintai diri sendiri. Apabila kita mencintai diri sendiri, kita akan menjaga diri kita sebaik mungkin. Kita tidak akan pernah lupa sembahyang dan tidur yang cukup untuk mencari kebahagiaan. Itu cara saya yakinkan diri saya dan kawan-kawan saya agar hidup lebih positif," katanya.

Kini, hidupnya gembira dengan kehadiran anaknya, Umar Ras Engel Abdullah. Si kecil ini menjadi penawar dukanya.

Dahulu, masa lapangnya banyak dipenuhi dengan mengenang nasib serta kehidupan sebagai OKU, kini duka hatinya kian sembuh malah, hidupnya kembali diwarnai oleh Umar.

"Sekarang saya duduk di rumah menjaga anak. Selain sibuk menguruskan anak, saya juga aktif bersama Yayasan Carrefour, " kata pembaca berita ntv7 ini.

Ras Adiba juga kian aktif dengan jemputan ceramah motivasi. Berkongsi rahsia kesihatan, Ras Adiba menitik beratkan cara pernafasan seperti melalui hidung dan mulut yang sering dibuatnya.

Baginya, pernafasan penting untuk bergerak aktif dan menjaga kesihatan badan. Seperti orang lain, Ras Adiba juga utamakan masa rehat. Mengisi masa lapang bersama anak dan kerja yayasan, Ras Adiba akan berehat dengan mendapatkan tidur yang berkualiti.

"Saya akan memastikan akan tidur sebelum pukul 12 tengah malam. Tidur merupakan rehat yang penting.

Ia dapat menghilangkan lenguh dan kepenatan badan. Keesokan selepas bangun tidur, pasti kira boleh melakukan kerja lain. Hidup berkerusi roda tidak menghalang saya untuk aktif dan sekarang saya mula kembali berenang," katanya.

Walaupun aktiviti luar Ras Adiba agak terhad, dia masih berpeluang berenang bersama keluarga dan anak.

Sebagai orang kurang upaya (OKU) yang lumpuh separuh badan, Ras Adiba perlu menjaga pemakanan. Namun, dia tidak perlu terlalu berpantang untuk memastikan dirinya sentiasa sihat.

Katanya berseloroh, berat badannya juga sekarang semakin naik. "Pemakanan perlu dikawal dan biarlah seimbang. Selain itu, kita perlu minum banyak air suam. Penghidratan badan amat penting untuk sentiasa segar dan cergas. Kebiasaannya, saya akan memastikan saya makan malam sebelum pukul lapan malam," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.