Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 08/11/2009
Penduduk kawasan banjir patuhi arahan - Raja Muda

Penduduk kawasan banjir patuhi arahan - Raja Muda

08/11/2009 4:50pm

KANGAR 8 Nov. — Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat di kawasan yang sedang dilanda banjir supaya mematuhi arahan pihak berkuasa terutama arahan berpindah.

Katanya, selain mengikuti perkembangan banjir melalui media cetak dan elektronik mereka perlu mematuhi arahan pihak berkuasa yang sentiasa mengambil berat terhadap setiap rakyat.

Bertitah di sini hari ini, baginda mencadangkan setiap rakyat memiliki buku panduan kecemasan sebagai rujukan untuk mereka ketika menghadapi saat bencana termasuk banjir dan kebakaran.

Buku panduan itu perlu disimpan dalam beg khas yang juga boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai dokumen penting yang lain.

Baginda turut menasihati rakyat yang berada di kawasan yang berisiko banjir perlu mempunyai peralatan kecemasan termasuk jaket keselamatan atau pelampung serta peralatan lain yang boleh dijadikan alat menyelamat seperti tong kosong. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN