Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 08/11/2009
Jambatan runtuh di Andorra bunuh 2 pekerja

Jambatan runtuh di Andorra bunuh 2 pekerja

08/11/2009 3:20am

MADRID 8 Nov. - Sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan runtuh hari ini di Andorra, menyebabkan tujuh pekerja terperangkap termasuk dua yang dikhuatiri mati.

Empat lelaki lain dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius selepas sebatang besi dan salur konkrit jatuh menimpa mereka, kata jurucakap kerajaan Andorra.

Projek jambatan tersebut adalah sebahagian daripada terowong yang menghubungkan dua lembah di pekan Massana.

Andorra yang mempunyai populasi seramai 84,000 orang terletak di Pergunungan Pyrenees di sempadan Sepanyol dan Perancis. - AP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN