VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 07/11/2009

22 pengakap kanak-kanak sertai perkhemahan


Guru pengakap, Mohd. Hapiz Ramli (kiri) mengajar pengakap kanak-kanak mengenai simpulan dan ikatan dalam perkhemahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Pagi, Jerantut, semalam.


JERANTUT 6 Nov. - Seramai 22 Pengakap Kanak-kanak (PKK) tahun empat hingga enam Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi menyertai perkhemahan Kepengakapan Dalam Komuniti di sini selama dua hari yang berakhir esok.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan termasuk pertandingan memasak, kembara malam, kawad kaki, persembahan kebudayaan dan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah serta masjid bersama penduduk kampung.

Guru Besar SK Kampung Pagi, Ideris Zainol berkata, perkhemahan selama dua hari itu merupakan usaha sekolah untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman baru melalui kegiatan pengakap selain menguji ketahanan diri murid berkenaan.

''Menerusi perkhemahan itu setiap murid dapat mengetahui bahawa pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam kelas sebaliknya boleh diperoleh di luar bilik darjah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui hari ini.

Menurut beliau, perkhemahan itu bertujuan mendedahkan murid-murid terbabit mengenai Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) seperti latihan simpulan dan ikatan, teknik memasang khemah, pertolongan cemas, istiadat pengakap dan memasak untuk ikhtiar hidup.

Katanya, kegiatan berkenaan juga dapat mengeratkan hubungan antara rakan sebaya, menyemai disiplin dan kerjasama menerusi pertandingan kawad kaki, pengembaraan, memasak serta persembahan kebudayaan.

''Di samping itu, guru pengakap akan mengaplikasikan segala ilmu pengakap yang dipelajari semasa latihan kokurikulum pada sebelah petang di sekolah untuk dilaksanakan oleh murid semasa perkhemahan itu," katanya.

Ideris memberitahu, program perkhemahan dan gotong-royong yang dilaksanakan itu bertujuan memupuk semangat permuafakatan dalam diri pelajar, guru dan ibu bapa.

Guru PKK, Zulhafiz Nasaruddin berkata, perkhemahan akhir tahun itu memberi peluang kepada PKK untuk mendapatkan anugerah Lencana Keris Gangsa dan Lencana Keris Perak di kalangan murid tahun empat dan lima.

''Murid berkenaan berpeluang menunjukkan bakat dan menyelesaikan segala ujian yang dikemukakan sekali gus berjaya meraih anugerah lencana berkenaan," katanya.

Beliau menambah, perkhemahan itu juga merangsang murid supaya terus aktif dalam kegiatan pengakap dan sukarelawan bermula di peringkat sekolah rendah hingga selepas tamat persekolahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.