VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 07/11/2009

Timor Leste anugerah pingat kepada PDRM

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Buat pertama kalinya, Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao menganugerahkan pingat dan surat penghargaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu, baru-baru ini.

Penghargaan tersebut berikutan rasa puas hati kerajaan Timor Leste terhadap perkhidmatan dan sumbangan pasukan yang menyertai misi keamanan kali ini.

Pingat dan surat penghargaan itu diserahkan kepada 136 pegawai dan anggota Pasukan Formed Police Unit (Mal-FPU) Briged Tengah termasuk tiga pegawai perubatan tentera.

Timbalan Pengarah 1 Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Abdul Rahman Hussin berkata, kerajaan Timor Leste turut menugaskan pasukan Mal- FPU untuk menjaga keselamatan Presidennya, Jose Ramos-Horta atas rasa percaya dan yakin terhadap khidmat yang diberikan.

''Penyerahan pingat dan surat penghargaan kepada setiap pegawai dan anggota yang terlibat merupakan satu tanda penghormatan terhadap jasa PDRM bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan kepulangan pasukan Mal-FPU Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) dari misi PBB Timor Leste di padang kawad PGA di sini semalam.

Seramai 136 anggota dan pegawai menyertai misi selama enam bulan di negara itu mulai 7 April lalu sehingga 30 Oktober baru-baru ini.

Misi PBB ke Timor Leste ini merupakan kali ketujuh membabitkan PDRM sejak mula diperkenalkan pada 2003.

Sementara itu, Komander Mal- FPU, Deputi Supritendan Mohd. Abduh Ismail berkata, antara tugas penting yang diamanahkan pada misi kali ini termasuk membuat kawalan keselamatan kediaman Gusmao.

''Selain itu, pasukan kita turut bertanggungjawab mengiringi pergerakan Perdana Menteri dan keluarganya di majlis-majlis tidak rasmi.

''Paling tidak boleh dilupa dan mencabar adalah mengiringi 23 banduan yang terlibat dalam cubaan membunuh Ramos-Horta dan Gusmao dari penjara untuk hadir perbicaraan di mahkamah," katanya.

Tambahnya lagi, pasukan Mal- FPU turut memberi sumbangan kepada masyarakat daerah Lucia selain menghantar pegawai perubatan ke sekolah dan kampung-kampung daerah itu.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.